Sunday 3 April 2011

Gaplek

Disini saya akan kongsi satu resipi kuih jawa..walaupun pelik namenya tp rasanya sangat sedap dan lazat sekali bagi sesiapa yang menyukainya. kuih ini tiada di pasaran dan hanya masyarakat di perkampungan orang jawa sahaja yang tahu membuat kuih ini. bagi generasi muda boleh la belajar daripada resipi saya ni..


Bahan-bahan

Ubi kayu
air masak
Kelapa parut
Gula pasir

Cara membuat:
 Mula-mula rendam ubi kayu sehingga lembut ( selalunya menganbil masa yang lama untuk merendam)
Setelah ubi menjadi lembut, keringkan ubi kayu di bawah cahaya matahari sehingga betul2 kering, kemudian tumbuk dan diayak  ubi tersebut sehingga menjadi tepung ubi. Setelah menjadi tepung ubi bancuhkan dengan air dan kukuskan tepung itu. Apabila sudah masak, tambahkan kelapa parut dan gula pasir dan gaulkan sehingga rata,,

Selain daripada itu, tepung gaplek ini juga boleh buat kuih yang di panggil sagon gaplek.

Cara membuatnya ialah goreng tepung ubi yang telah di tumbuk dan di ayak tadi dan kelapa parut sehingga warna kekuningan, kemudian gaul bersama dengan gula pasir sehingga rata. Sagon ini boleh di buat debngan pelbagai bentuk mengikut acuan ataupun di makan begitu sahaja.


ehm kat sini saya minta maf kerana gambar xde nak letak kat post ni..puas da mencari,,apa-apa pun,, Selamat mencuba..

1 comment:

  1. Kat kampung saya Gaplek ni dipanggil dengan nama "Katiwol"

    Mak saya ckp jawa ade bnyk bahasa..
    my mom pon jawa..

    ReplyDelete