Sunday, 3 April 2011

Punten Nasi bersama Sambal Ikan Bilis

Sekarang kita nak masak nasi pulak..tapi masakan ni special n laen sikit,,kalau nak tau mai baca resipi ni..jom.


Bahan-Bahan
 2 put beras
¼ santan/ kelapa parut
Garam
1 helai Daun pandan wangi
Ikan bilis @ telur ayam atau itik
Cili padi
Belacan
Secukup rasa Maggie

Cara membuat punten nasi
 Ada dua bahan yang berlainan untuk membuat punten ini.
Pertama, masukkan 2 put beras bersama santan yang banyak sedikit untuk nasi menjadi lembik sedikit, dan letakkan sedikit garam, jangan lupa pula daun pandan wangi untuk mengharumkan bau punten nasi. Kemudian masak sehinnga lembik.

Bahan kedua pula masak beras bersama kelapa parut dengan menggunakan air yang banyak air yang banyak dan seterusnya ikut langkah bahan yang pertama.

Setelah punten nasi masak, letakkan punten di dalam loyang dan ratakan dan padatkan punten di dalam loyang.Punten ini akan menjadi keras apabila is sejuk.

Cara membuat sambal
Membuat sambal ikan bilis untuk punten nasi ini sama juga dengan sambal ikan bilis yang lain cuma,punten ini boleh di makan sekali dengan kari ayam atau daging.

Cara penyediaan

Potong punten nasi dalam loyang dan ambil sambal ikan bilis di tuang diatas punten dan juga boleh di makan sekali dengan ikan masin atai ikan pekasam.
 Selamat mencuba dan menikmati dengan kelazatannya..huhuh

Gaplek

Disini saya akan kongsi satu resipi kuih jawa..walaupun pelik namenya tp rasanya sangat sedap dan lazat sekali bagi sesiapa yang menyukainya. kuih ini tiada di pasaran dan hanya masyarakat di perkampungan orang jawa sahaja yang tahu membuat kuih ini. bagi generasi muda boleh la belajar daripada resipi saya ni..


Bahan-bahan

Ubi kayu
air masak
Kelapa parut
Gula pasir

Cara membuat:
 Mula-mula rendam ubi kayu sehingga lembut ( selalunya menganbil masa yang lama untuk merendam)
Setelah ubi menjadi lembut, keringkan ubi kayu di bawah cahaya matahari sehingga betul2 kering, kemudian tumbuk dan diayak  ubi tersebut sehingga menjadi tepung ubi. Setelah menjadi tepung ubi bancuhkan dengan air dan kukuskan tepung itu. Apabila sudah masak, tambahkan kelapa parut dan gula pasir dan gaulkan sehingga rata,,

Selain daripada itu, tepung gaplek ini juga boleh buat kuih yang di panggil sagon gaplek.

Cara membuatnya ialah goreng tepung ubi yang telah di tumbuk dan di ayak tadi dan kelapa parut sehingga warna kekuningan, kemudian gaul bersama dengan gula pasir sehingga rata. Sagon ini boleh di buat debngan pelbagai bentuk mengikut acuan ataupun di makan begitu sahaja.


ehm kat sini saya minta maf kerana gambar xde nak letak kat post ni..puas da mencari,,apa-apa pun,, Selamat mencuba..

Sambal Tahun

 


Sambal Tahun ni bermacam2 warna..tapi x kisah la,,asal sedap..heheh

Bahan A
1 kilo daging lembu @ ayam
1 kilo cili padi
1 kilo lengkuas (dihiris halus)

Bahan B
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Bahan C
Santan
Garam
Secukup  rasa maggie

Cara memasak
Mila-mula rebuskan bahan A bagi yang hendak masak kulit daging kemudian angkat dan tuskan sehingga kering.
Setelah itu, rebus juga lengkuas  yang di hiris  sehinnga lembut dahulu kemudian masukkan cili padi bersama-sama dengan lengkuas tadi.

Tumbuk dan goreng semua bahan B sehingga pecah minyak, setelah itu masukkan bahan A kedalam bahan B dan gaulkan sehingga rata. Masukkan pula bahan C iaitu santan, garam dan secukup rasa Maggie..Tunggu sehingga mendidih.

Cara penyediaan
Sambal tahun ini selalunya di makan dengan nasi putih. Sambal ini sangat pedas dan boleh masukkan santan selepas kuah santan yang pertama kali kita buat itu sudah habis. Sambal ini boleh bertahan sehingga 1 minggu dengan syarat perlu di panaskan setiap kali hendak makan atau 4 jam sekali


Awok-awok




inilah awok-awok yang saya maksudkan..sedap..
Bahan-bahan
Bahan A
1 kilo Tepung pulut
4 biji kelapa parut
Garam
Gula pasir

Bahan untuk membungkus
Daun pisang ( dikerat 1 jengkal)
Beteng ( lidi yang ditajamkan)

Bahan inti
Gula merah

Cara memasak
Campurkan Bahan A iaitu tepung pulut, kelapa parut dan sedikit  gula pasir, garam kemudiam gaul sehingga rata.
Ambil bahan  untuk membungkus pula iaitu daun pisang yang telah  dikerat 1 jengkal, dan kemudian ambil bahan A pula, letakkan sedikit diatas daun pisang dan  masukkan gula merah sedikit untuk inti bahan A dan akhir sekali, lipat daun pisang dengan bentuk tiga segi dan cucukkan beteng setelah daun pisang di lipat. Setelah siap masukkan dalam kukusan sehingga masak. Kemudian angkat dan biarkan sehingga sejuk..

Cara penyediaan
Awok-awok ini di makan begitu sahaja, ada orang suka mkan awok-awok ini ketika panas dan ada juga yang suka makan ketika sejuk, tetapi lagi sedap awok-awok ini di makan ketika panas.. Ia juga sesuai untuk minum petang
bersama-sama keluarga tercinta.

Getuk ubi

 

getuk ubi bermacam2 bentuk dan warna
Assalammualaikum dan selamat petang semua .Kami sekeluarga hari ini minum petang dengan Getuk Ubi....kuih orang lama tapi tak lapok dik zaman dan sedap dimakan.... resepinya ini saya belajar dengan nenek di sebelah umah saya,

 Bahan-Bahan:
2 kg ubi kayu (bersihkan dan potong kecil-kecil )
80 ml air
300 gm gula tanjung (merah)
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
loyang persegi 8'x 8' (gris dgn sedikit minyak)

Cara memasak:
1) Kukus kelapa parut dgn daun pandan dan sedikit garam.
2) Gula tanjung, gula pasir, garam dan air di masak hingga gula larut dan pekat sedikit.
3) Kukus ubi hingga empuk selama kira-kira 25-30 minit. Masukkan ke dalam bekas dan lecekkan semasa ia panas. Tuang gula sedikit-sedikit dan gaul rata. Alihkan ke dalam loyang persegi empat dan tekan hingga padat/mampat.
4) Sejukkan getuk ubi ini sebelum dipotong dan dibubuh kelapa parut."



getuk ubi ini juga di kenali sebagai kuih issabella 
selamat mencuba

Resipi Lemper Pulut Ayam @ Daging

bentuk nya serupa dengan lemang tapi gambar ini dinamakan sebagai lemper

Bahan-Bahannya :
½kg pulut
500cc santan dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
2 lembar daun pandan
Daun pisang untuk membungkus

Bahan Isi :
½ ekor ayam ( ± ½kg )
1 lembar daun salam
1 potong lengkuas dimemarkan
1 batang serai dimemarkan
1 sudu makan minyak goreng
250cc santan dari ½ biji kelapa

Bumbu Yang Dikisar Halus :
1 sudu teh ketumbar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Sedikit asam jawa
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya

Cara membuat isi lemper :
Rebus ayam hingga empok, lalu disiat-siat tipis.
Tumis bumbu yang sudah dihaluskan dengan minyak.
Masukkan daun salam, lengkuas dan serai.
Setelah baunya harum, masukkan ayam dan gaul supaya rata.
Tambahkan santan dan gaul lagi sampai kering.

Cara membuat lemper :
Rendam pulut dalam air selama kira-kira 2 jam, toskan.
Kukus pulut setengah masak ( ± 20 minit ).
Siram dengan santan yang sudah dididihkan bersama garam dan daun pandan. Gaul sehingga rata.
Masukkan lagi ke dalam kukusan dan kukus sampai masak ( ± 30 minit ).
Setelah masak, sejukkan pulut di atas tempat yang sudah diletakkan dengan daun pisang.
Ratakan setebal 1cm, lalu dipotong-potong ukuran 7cm x 4cm.
Isi tiap potong dengan 1 sudu teh isi lemper.
Gulung dan rapatkan hujungnya.
Bungkus dengan daun pisang.



 Setelah habis membungkus lemper, akan dikukus semula sehingga masak..

Nota : Isi lemper ini rasanya agak manis. Kebiasaanya orang jawa akan membuat lemper apabila mengadakan kenduri kahwin,aruah dan sebagainya..lemper
 Ini juga sesuai untuk minum petang  bersama keluarga. Dan saya tengok  kebanyakan orang melayu yang tinggal di bandar makan lemper ini di majlis2 kenduri dan.mereka sangat tertarik dengan rasa lemper itu sehingga kan sanggup menempah dengan banyak..hehehe..Kat sini pun nak promote,,sesiapa yang nak rasa boleh tempah kat saya..rugi sape yang x rasa tau..
tengok pun sedap kan??try la,,hehehe

Saturday, 2 April 2011

Resepi Sambal Goreng Jawa




Sekarang saya akan ajar korang semua satu resipi baru iaiti Resepi Sambal Goreng Jawa. Resipi ini saya dapat dari emak saya. Ringkas jer bahan2nya mengikut apa yg ada kat dapur kita.  boleh ditambah hati ayam/lembu atau sebagainya kalau mau. tetepi asasnya tetap sama.
 Bahan-bahan:
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
Tempe, tauhu potong kecil(dadu) dan goreng.
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
100 gm soo hoon
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula dan garam,

Cara-cara memasak:

1.     Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam, santan pekat dan soo hoon, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.



cubela kalu tau sedap ke x